Teddy Bear dan Sejarah
- Sudah pastinya anda akan tertanya-tanya bagimanakah Teddy bear boleh wujud? dan kenapa ia adalah berkarakter beruang? Baik, sebenarnya nama Teddy Bear wujud pada bulan November 1902. Ketika itu Presiden Amerika Syarikat waktu itu, iaitu, Theodore Roosevelt melakukan perburuan berlokasi di Missippi yang diundang oleh Gabenor Mississippi, Andrew H. Longino. Pada pertandingan menembak itu, ramai pemburu yang telah berhasil menembak sesuatu. Ketika itu penolong Presiden Roosevelt, Holt Collier telah menemukan seekor beruang “American Black Bear”, lalu menikamnnya dan mengikatnya pada sebuah pokok Willow. Holt kemudiannya memanggi P. Roosevelt dan menyarankan untuk menembak beruang itu. P. Roosevelt menolaknya kerana ia sangat tidak mencerminkan semangat kesukanan yang baik, namun memerintahkan supaya beruang itu dibunuh untuk melepaskannya dari penderitaan.
Teddy Bear dan kewujudan Namanya
- Apa yang telah dilakukan oleh Roosevelt itu telah digambarkan oleh kartunis politik di The Washington Post oleh Clifford Berryman pada November 16, 1902. Pada ketika itu pula, Morris Michtom melihat gambar kartun pada surat khabar itu sesuatu yang unik lalu mencetuskan idea dan inspirasi untuk menghasilkan sebuah mainan patung. Lalu membuat sebuah patung dan meletakknya di depan kedai dengan menempelkan label/tanda “Teddy’s Bear“( beruang milik Teddy Roosevelt), dan telah mendapat kebenaran dari Roosevelt. Pada akhirnya, Michtom akhirnya membina fabrik Ideal Novelty dan Toy Co, yang sehingga kini masih wujud. Pada tahun 1906 permintaan terhadap Teddy Bears meledak, kelihatan dimana-mana wanita membawa patung teddy bear tersebut. Kanak-kanak berfoto dengan teddy bear.
Teddy Bear dan Populariti
No comments:
Post a Comment